Amelina patut membela suami.......

Apakah kalau nak tulis blog mesti kena masuk politik?....itulah yang bermain di fikiran aku ni....macam-macam sekarang ni Isunya...

Yang aku hairannya sebelum ni ramai yang mengulas isu perlantikan menantu NikAziz,Ulasan-ulasan tu tak kira lah dari sesiapa pun yang jelas masing-masing mempunyai pandangan,betul atau tidak ianya belum tentu.....

Minggu lepas salah seorang Naib Presiden PAS mengulas dan memberi pandangan mengenai perletakan jawatan Ariffahmi di PMBK......dan di ikuti oleh desakan-desakan dari dalaman Parti supaya CEO PMBK itu segera melepaskan jawatan WALAUPUN Tok Guru sudah memaklumkan semuanya selesai setelah surat perletakan jawatan itu sampai mac depan..

DAN lebih kusut lagi bila serangan dari yang menggelarkan dirinya 'kick' masih lagi membuat sepakan demi sepakan kearah Arif fahmi..dan ianya tak dapat di jawab oleh Arifahmi....ADILKAH begitu?(aku bukan nk bela,tapi dari sudut keadilan) kerana kalau di lihat jauh mengapa kick ni masih melakukan serangan? Dimana dan siapa yang pegang remote itu? mengapa kita di sogok dengan berita sebelah pihak sahaja....
Dengan kemunculan blog NikAmalina itu sedikit kegemparan nampaknya terjadi,Bila beliau mempertahankan suaminya....dan timbul pula pandangan-pandangan dari ahli politik supaya Nik Amalina masuk gelanggang politik.....hehehe.... yang bagi pandangan tu betul ke tidak..Sebab tu kalau nak bagi pandangan kena masuk politik dulu aku pun naik pening!!!

bagi aku Nik Amalina BERHAK mempertahankan suaminya itu, betul atau salah ianya masing-masing pandangan dan hak masing...semuanya persepsi!!!! yang jelas mempertahankan suami dan keluarga itu yang menjadi keutamaan.

Kalau orang lain lain boleh menghentam Tok Guru walau pun ahli parti sendiri tak siapa pun menghalang,Tapi seorang anak dan isteri membela sudah ada yang nak bagi pandangan-pandangan nakal!!!...apakah motif sebenarnya ini...

PIKIR-PIKIRKAN..!!!!!

Doakan supaya Tok Guru tidak menerima nasib seperti Tun M...


Dalam beberapa minggu ini aku lihat suasana politik Malaysia yang agak kusut lagi berserabut dengan bermulanya kemelut bagi MCA dengan cerita EGM nya yang tak berkesudahanya di ikuti dengan PPP dengan perebutan jawatan tertinggi parti sehinggakan mengheret ke mahkamah begitu juga denga MCA.

PAS juga tidak terkecuali isu dalamanya sendiri dengan pelbagai isu di bangkitkan samada dari pihak lain mahu pun dari ahli parti sendiri,
Sehinggakan UMNO di lihat terlalu bersih dari segala kebejatan dan kesalahanya dan betapa hebatnya UMNO ketika ini..!!!
Semuanya ini pergolakan dalaman sesebuah organisasi politik di Malaysia....Apakah semuanya ini Media akan di persalahkan atau Blog-blog yang memperkata dan membicarakan dan mengheret kepada perbincangan-perbicangan lain yang akan menjadika kesemuanya ini makin celaru dan membimbangkan rakyat khususnya tak di kira lagi kalau di lihat dari sudut ekonomi,

Tun Mahathir sendiri adalah seorang Negarawan Malaysia yang di heret dalam suasana kekusutan politik semasa bila Tun mengkritik masalah Biro Tata Negara(BTN)yang selama ini menjadi nadi dan bahan propaganda UMNO sehinggakan di kalangan ahli UMNO sendiri menghentam Tun Mahathir dengan teruk sekali sehinggakan di lihat sudah hilang rasa hormat pada Tun yang dulunya di sanjung dan di puji kerana mempunyai kuasa di waktu itu sebagai PM..

Tok Guru Menteri Besar Kelantan di kritik dan di hina segenap segi oleh media kerana isu perlantikan menantunya di PMBK dan di ikuti dengan komen-komen dari ahli parti beliau sendiri dan di ambil kesempatan oleh media mencanangkan apa yang berlaku sehinggakan rasa hormat kepada Tok Guru sudah terhakis dengan begitu mudah.Bertimpa-timpa TokGuru di belasah dari sekecil isu hinggakan isu Doa di polemikan oleh media....

Kedua-dua situasi ini seakan sama tapi dalam keadaan yang berbeza,Tun Mahathir berada di luar medan politik manakala Tok Guru masih berada di dalam gelanggang politik tapi sudah pun di cerca dan di hina,

Apakah kita mahu nasib yang menimpa Tun Mahathir akan hinggap kepada TokGuru yang di sanjungi dan di sayangi oleh setiap orang baik kawan atau lawan,Sama-sama kita renungi apakah akan di pandang oleh rakyat bahawa PAS dan UMNO sama sahaja!!!!!
PIKIR-PIKIRKANLAH..........

KEMANA PULA DIA AKAN MELOMPAT...........

Nama Ibrahim Ali sudah begitu sinonin dengan politik tanah air kita,Kalau di tanya pada budak tadika atau Pasti sudah tentu kemungkinan budak-budak pun kenal.....Begitu besarnya pnama Ibrahim Ali...yang selalu menggelarkan diri 'Adi Jagat'
Tetapi kehadiran Ibrahim dalam persada politik di negara kita sedikit sebanyak menceriakan juga suasana dengan fe'el dia tu..........

Selepas menang pada PRU 12 di P.Mas atas lambang bulan purnama sekali lagi Irahim menjadi sebutan ramai............tak lama kemudian gegak gempita sekelian alam beliau menghentam bulan purnama lambang yang di menanginya dulu......melompat-lompat penuh ghairah dengan kenyataan-kenyataan dari nya,Sehinggakan Dato'Nik Aziz pun terheret sama saling cabar-mencabar dalam beliau mengejar publisiti politik.....bijaknya si Brahim berpolitik.......

TERBARU sekali lagi Ibrahim MENARIK PERHATIAN mencuri tumpun pemerhati politik dari coffe House hotel 5 bintang hinggakan di atas wakaf di tepi bendang menceritakan perihal kerenah dan perangai Ibarahim lagi.

Kali ini agak serius juga publisiti politik beliau sehinggakan Pemuda UMNO Kelantan mengeluarkan keyataan supaya penilaian teliti harus di buat terhadap si Brahim ini.begini bunyinya:

Pergerakan Pemuda Umno Kelantan meminta Majlis Tertinggi (MT) parti itu membuat penilaian terperinci sebelum menerima semula kemasukan bekas ketua Umno bahagian Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali bagi mengelak "pisang berbuat dua kali". Setiausaha Pemuda Negeri, Bazlan Baharuddin berkata apa yang dialami oleh parti sebelum ini cukup menyedarkan apabila anggota parlimen Pasir Mas itu sanggup menentang calon BN dalam pilihan raya kecil 2005. "Dia sanggup tentang BN, kerana tidak terpilih (dicalonkan), pilihan raya umum lepas sekali lagi dia tentang calon BN menggunakan lambang PAS," katanya, lapor Bernama.Beliau berkata sebagai mengulas kenyataan pihak tertentu yang mencadangkan Ibrahim diterima semula masuk sebagai ahli Umno. Bazlan berkata, Ibrahim kini diawang-awang ekoran kedudukannya dipertikaikan oleh PAS kerana sering memberi reaksi negatif kepada parti itu.

Kalaulah kenyataan ini di lihat betapa UMNO yang dalam proses perubahan dengan pindaan perlembagaan barunya itu,Apakah ruang untuk Ibrahim Ali masuk semula menjadi kenyataan.Kalau UMNO menerima kembali Ini bermakna UMNO membuat perubahan yang salah........kita tunggu dan lihat mainan UMNO pula setelah PAS menerima mainan politik IbrahimAli al-kataki.........
dan nasib Ibrahim akan terawang-awangan............(mati beragam)

Tun Mahathir kecewa lagi...........!!!!


Lama juga aku cuti raya.......cadangnya nak rehat sikit,Tapi kalau dah kaki selongkar blog ke blog ni tak sedap pulak........

Aku TERbaca satu artikel menarik juga la yang berlaku selepas raya ni,Mengenai seorang Negarawan terbilang dan tercemerlang siapa lagi kalau tidak Tun Dr Mahathir yang masih lagi mengkritik dan memberi pandangan-pandangan politik beliau khususnya UMNO.

Apa yang menariknya Tun mengulas mengenai calon PRK di Bagan Pinang yang sudah di ketahui Umumnya seorang yang jelas telah di jatuhi hukuman oleh lembaga disiplin UMNO kerana kesalahan beliau dalam pemilihan UMNO(politik wang.....istilah umno).

Nampaknya Tun SANGAT kecewa dengan tindakan yang di lakukan oleh pucuk pimpinan umno sekarang.........


Petikan dari blognya:..........

1. Saya akui calon yang bersih pun boleh kalah dan calon yang kotor pun boleh menang. Di Bagan Pinang, saya percaya siapa juga yang dilantik sebagai calon, besar kemungkinan dia akan menang.

2. Sudah lupakah kita akan pilihanraya kecil di Permatang Pasir di mana calon Barisan Nasional terdiri daripada seorang peguam yang dikatakan terlibat dengan melesapkan duit pelanggannya dan berbohong berkenaan dengan jumlah isterinya? Kempen BN mudah dipatah oleh parti lawan. Apabila ia kalah ramai yang berkata BN harus selidik dahulu latarbelakang calon. BN tidak harus letak calon yang mempunyai latar belakang yang mudah dijadikan isu oleh parti lawan.

3. Imej UMNO sekarang sudah banyak tercemar dengan politik wang semasa pemilihan Majlis Tertinggi. Boleh dikatakan hampir semua yang dipilih terlibat dengan rasuah.


Agaknya kalaulah Tun masih lagi PM apakah yang dilakukan oleh beliau mengenai kes ini .......

Apa cerita dengan FAM ni..?


Kemelut FAM tak henti-henti dilanda masalah selepas berbagai masalah timbul serta jadi pertikaian ramai peminat bolasepak dan prestasi pasukan Kebangsaan malah liga Malaysia yang sering di landa berbagai masalah serta prestasi pemain sendiri yang semakin merosot.Kini FAM sekali lagi memeningkan kepala peminat bolasepak di Malaysia dengan cadangan atau keputusan drastik, apakah tidak ada jalan lain untuk memajukan bolasepak di negara kita selain plan penswastaan Liga Malaysia...APAKAH dengan penswastaan ini mutu bolasepak negara akan naik atau ada yang mendapat keuntungan dari plan ini...........


Liga Malaysia Mungkin Diswastakan

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mungkin menswastakan Liga Malaysia (LM) bagi musim 2011 jika pelbagai masalah masih lagi membelenggu perjalanan liga pada saingan tahun depan (2010).Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata antara masalah terbabit adalah kewangan seperti pembayaran gaji pemain dan pegawai, kemerosotan kualiti permainan dan kekurangan sambutan daripada penonton."Saingan LM musim depan akan menjadi medan terakhir FAM mencari jalan keluar daripada permasalahan itu dan kerana itu juga terdapat beberapa syarat tambahan kepada pasukan yang bertanding," katanya kepada Bernama.Antara syarat yang perlu dipenuhi semua pasukan adalah membayar deposit penyertaan kepada FAM dan mempunyai bukti kedudukan kewangan yang kukuh sepanjang musim bagi mengharungi saingan LM musim depan.Pasukan yang bersaing dalam Liga Super juga perlu membayar deposit penyertaan sebanyak RM150,000 manakala RM100,000 kepada pasukan yang bertanding di dalam Liga Perdana.Pasukan Liga Super pula perlu mempunyai bukti kedudukan kewangan berjumlah RM2.5 juta manakala Liga Perdana adalah RM1.5 juta."Jika semua syarat-syarat itu dapat dipenuhi dan dipandang serius oleh anggota-anggota gabungan, ia merupakan satu petanda yang baik untuk bola sepak negara ini," katanya.Ketika ditanya kenapa FAM perlu menunggu sehingga 2011 sedangkan telah terbukti liga-liga luar negara yang diswastakan telah pun berjaya, Azzuddin berkata ia berhubung rapat dengan budaya rakyat Malaysia."Cara kita sebagai rakyat Malaysia adalah dengan berdialog terlebih dulu, serta memberi ruang yang secukupnya sehingga sampai satu tahap apabila semuanya telah diberi barulah tindakan diambil," katanya.Azzuddin berkata anggota-anggota gabungan perlu menggunakan masa yang ada untuk berubah terutamanya bagi mencari dana serta mengambil insiatif sendiri untuk membuat hala tuju persatuan."Ini kerana di dalam beberapa aspek seperti mencari sumber kewangan serta pengurusan dan pentabdiran anggota-anggota gabungan FAM tidak boleh campur tangan kerana ia tidak dibenarkan oleh perlembagaan persatuan," katanya.LM kini diuruskan sepenuhnya oleh FAM di mana terdapat jawatankuasa-jawatankuasa tertentu dibentuk bagi mengendalikan perjalanannya.


Chepirate.....


Aku nak tengok je perkembangannya,.......
Kembali Ke Atas

Memburu Malam Kemuliaan Lailatul Qadar


Ramadan adalah bulan impian bagi semua insan Muslim. Di bulan mulia ini terdapat pelbagai keistimewaan luar biasa yang tidak pernah kita temui di bulan-bulan lainnya. Sepuluh hari pertama bulan ini dipenuhi dengan `rahmat' (keberkatan), sepuluh hari pertengahan dihiasi dengan `maghfirah' (keampunan) dan di sepuluh hari terakhir diberkati dengan `itqun min an-nar' (kebebasan dari api neraka).

Bulan ini pula telah dimuliakan Allah s.w.t. dengan menurunkan al-Quran sebagai panduan hidup bagi manusia (Surah al-Baqarah, ayat 185), iaitu pada malam Nuzul al-Quran, 17 Ramadan pada tahun Kenabian Muhammad s.a.w. atau bertepatan dengan 6 Ogos 610 Masihi. Tatkala bulan ini menjelma, semua pintu syurga dibukakan, semua pintu neraka dikuncikan, dan diikatkan semua syaitan, (Hadis riwayat Muttafaqun `Alaih).
Bulan ini pula dikenal dengan `bulan bonus' bagi umat Islam di mana dalam bulan inilah Allah s.w.t. melimpahkan pahala berlipat ganda dan menghapuskan dosa-dosa masa silam bagi sesiapa sahaja yang melaksanakan ibadah puasa dengan penuh keikhlasan dan ketakwaan.

Puncak keistimewaan luar biasa bulan ini adalah apabila diturunkan satu malam, Lailatul Qadar (malam kemuliaan) sebagai Malam kemuliaan yang lebih baik daripada seribu bulan (Surah al-Qadr, ayat 3). Sesiapa sahaja yang berpuasa pasti amat berhasrat untuk menjumpainya. Bila Lailatulqadar itu muncul?
Lailatulqadar ini diyakini akan muncul pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan, terutamanya di malam-malam yang ganjil. Perkara ini dapat kita semak dari sebuah kisah Siti Aisyah r.a: Bila telah masuk sepuluh terakhir dari bulan Ramadan, Rasulullah s.a.w. mengikat kuat kainnya (menambah kesungguhan ibadatnya), menghidupkan malam (dengan banyak berzikir dan bermunajat), membangunkan keluarganya (untuk ikut bertaqarrub kepada Allah) (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Kesungguhan Rasulullah melakukan ibadat pada malam sepuluh terakhir bulan Ramadan dapat kita semak dari hadis berikut, seperti diceritakan Siti Aisyah r.a.: Beliau (Rasulullah s.a.w.) beribadat hingga menjelang subuh (Hadis riwayat Muslim).

Apa sebenarnya terdapat pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan itu sehingga Rasulullah begitu tekun meningkatkan kuantiti (bilangan rakaat) dan kualiti (kekhusyukan dan tawaduk) ibadatnya di malam-malam tersebut?

Tekun dan khusyuknya Rasulullah beribadat pada malam sepuluh terakhir bulan Ramadan tidak terlepas daripada keinginan baginda untuk menemui malam Lailatulqadar, iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Perkara ini amat jelas terakam dalam ayat berikut: Sesungguhnya Kami turunkan ia (al-Quran) pada malam kemuliaan (Lailatulqadar). Tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Ketahuilah bahawa malam kemuliaan itu adalah lebih baik dari seribu bulan (83 tahun 4 bulan). (Surah al-Qadr, ayat 1-3).

Lailatulqadar adalah malam kemuliaan yang memiliki nilai lebih baik daripada 1,000 bulan. Sesiapa sahaja yang beribadat di malam itu adalah lebih baik nilainya dengan beribadat selama 83 tahun empat bulan. Usia purata manusia yang hidup di akhir zaman ini sangat jarang yang mencecah angka 70 tahun, apatah lagi 80 tahun dan seterusnya. Bahkan usia Nabi Muhammad adalah 63 tahun sahaja. Berapa lamakah usia kita?

Pernahkah kita terfikir untuk mampu beribadat kepada Allah selama 83 tahun? Mungkinkah ia berjaya dicapai? Rasanya sangat sukar untuk melakukan perkara itu, mengingat keadaan dalaman kita (iman yang turun naik) dan pengaruh luaran (kecenderungan berbuat maksiat dari pelbagai aspek kehidupan yang kita hadapi setiap masa). Pendek kata, Lailatulqadar adalah malam yang bernilai lebih baik daripada 1,000 bulan. Ia sentiasa datang di setiap sepuluh terakhir dari bulan Ramadan. Kesempatan emas ini janganlah kita biarkan berlalu begitu sahaja.

17 Ramadhan - perang Badar atau Nuzul Quran?


Perayaan 17 ramadhan adalah sebenarnya untuk mengingati Peperangan Badar yang berlaku pada tarikh tersebut. Nuzul Quran iaitu hari turunnya Al-Quran sememangnya jatuh pada bulan Ramadhan tetapi kebanyakan ulama' berpendapat bahawa tarikhnya adalah pada 27 ramadhan
Peperangan badar berlaku di sebuagh tempat yang bernama Badar pada tahun ke 2 Hijrah. Ianya jatuh pada hari Jumaat 17 Ramadan pada tahun tersebut. Islam sememangnya menerima tentangan dari orang kafir Quraisy sejak dari mulanya lagi, dari masa Islam mula diperkenalkan secara tertutup dan kemudiannya secara terang. Ini akhirnya telah membawa kepada penghijrahan Rasullulah s.a.w dan orang Islam ke Madinah di mana penduduk di sana telah menerima mereka dan juga agama Islam. Walaubagaimanapun keadaan orang Islam yang tinggal di Mekah menjadi semakin teruk dan ini mula merebak ke Madinah.
Perang Badar adalah peperangan yang pertama dalam Islam dan merupakan cara yang digunakan untuk membela keselamatan sosial dan politik mereka. Islam sememangnya tidaklah menggalakkan peperangan melainkan terpaksa. Ianya juga merupakan tindakan untuk mempertahankan kebebasan agama dan menyekat ajaran sesat yang berleluala pada masa itu.
Pada tahun ke 2 Hijrah Rasulullah s.a.w serta sahabat bersetuju mempertahankan Islam di luar kota Madinah. Tentera Islam seramai 313 orang telah keluar untuk menyekat rombongan pedagang Mekah yang sedang pulang dari Syam. Abu sufian yang mengetuai rombongan perdagangan Quraisy itu telah mengikut jalan lain untuk kembali ke Mekah dan sebuah bala tentera melebihi 1000 dan serba lengkap dengan peralatan perang telah datang untuk menentang tentera Islam. Kedua- dua pasukan telah sampai ke temapt bernama Badar pada 16 Ramadhan.
Tentera Quraisy telah bertahan di tempat yang ada air sementara tentera Islam berkhemah di tempat yang lebih kering. Allah telah menunjukkan kekuasaannya dengan menurunkan hujan yang lebat. Ini menyebabkan tempat orang Islam mendapat air sementara , air di tempat musuh menjadi berlumpur dan tidak sesuai digunakan. Rasullullah s.a.w , bagaimanapun telah membenarkan orang Quraisy yang datang,mengambil air untuk kegunaan mereka
Peperangan di Badar hanya berlanjutan untuk satu hari sahaja bermula dengan pertarungan perseorangan diikuti oleh peperangan terbuka. Seramai 70 orang Quraisy yang terdiri dari pahlawan handal dan pemimpin telah terkorban sementara 70 lagi menjadi tahanan perang. Hanya 14 orang Islam sahaja yang telah mati syahid tetapi Allah telah mengurniakan pahala syahid kepada kesemua mereka ynag telah mengambil bahagian dalam peperangan tersebut.
Peperangan Badar merupakan satu kejayaan besar bagi umat Islam. Ianya telah menukar idoelogi Islam kepada sebuah negara Islam yang tidak boleh dipandang ringan oleh mana-mana pihak. Peperangan Badar memberi pengajaran kepada kita bahawa melaksanakan sesuatu tugas dengan kepercayaan kepada Allah serta keyakinan pasti membawa kejayaan. Insya Allah